Tugasan demi tugasan...

Selama Kak Alin melukis, macam-macam ragam pelanggan Kak Aln. Ada yang mudah, ada yang susah... cerewet tak mau kalah. Tapi sebagai pelukis Kak Alin terima segalanya, dan "customer always right" katernyer... Alhamdulillah... semua tu jugak sebagai melatih kesabaran kak Alin yang bukannya seorang penyabar. Ada pelanggan yang enam, tujuh kali mintak ubah lukisan dan akhirnya senyap tanpa berita dan tanpa bayaran. Ada yang  tak puas hati senyap menyepi tapi Kak Alin tengok kartun Kak Alin dia tetap guna untuk kepentingan sendiri. Yang tak bayar jangan cakaplah... Yang guna kartun Kak Alin untuk iklan alongpun ramai. Along juga minat kartun Kak Alin rupanya... heeeeHeeeee... Usahlah dikenang lagi, hidup mesti diteruskan...
 Allah itu tidak zalim dan dia temukan juga Kak Alin dengan pelanggan yang sangat-sangat mudah berurusan. Ramai juga yang baik budi pekerti menegur dengan berhemah. Sememangnya Kak Aln sedia menerima kritikan dan sedia mengubah mengikut kehendak pelanggan. Itu perkara wajib. Ada pelanggan yang tugasan belum selesai tapi bayaran dah dibuat. Serba salah pula Kak Alin. Ada yang bayar lebih atas alasan dia puas hati dengan hasil kerja lebih. Illustrasi diatas pula adalah tugasan Kak Alin untuk penerbitan buku bagi penulis Razzi Armansur. Semuanya berjalan dengan lancar. Mudah benar berurusan kerja dengan beliau. Alhamdulillah...
Ok... banyak cerita pun tak guna... Moga apa yang Kak Alin lakukan dan apa jua yang kak Alin lakukan selagi hayat dikandung badan, moga ianya akan mendapat keberkatan dari-Nya. Amin...

0 ulasan: