Bersyukurkah kita?

Assalamualaikum... Masih terkenang lagi seorang hamba Allah(identitinya adalah rahsia.. heee), menunjukkan sepucuk surat yang juga merupakan bil bayaran. Bayaran apa tu? Ha... mai sini nak cerita. Satu bayaran berjumlah hampir RM13,000. Itulah bil bayaran bagi set HEARING KID. Apatu "hearing kid"?

HEARING KID tu ialah set pembesar suara bagi orang yang kurang pendengaran. senang cerita benda tu lebih kurang macam earphone je rupanya. Cer fikir benda yang sekecil itu harganya sampai tinggi begitu sekali kan? Tergamam gak Kak Alin. Dan tiba-tiba Kak Alin terfikir, insan-insan terpilih ini begitu redha dengan ujian kekurangan pendengarannya. Kita??? Pernahkah Kak Alin bersyukur selama ditiupkan roh ke dalam tubuh ini dengan pendengaran yang sempurna? Tanpa perlu membayar harga set HEARING KID yang sebegitu mahal dan juga perlu ditukar tak silap Kak Alin lima tahun sekali? ASTAGHRIRULLAH HAL'AZIM... Bersyukur padaMu ya ALLAH. ALLAH itu maha pemurah dengan segala nikmat diberi kepada kita setiap hari, setiap saat. Kenapa kita selalu LUPA dan LUPA setiap masa. Aduhhh... Begitu rapuh IMAN Kak Alin. Selalu leka dan berlagak hebat dengan apa yang ada. Semua yang ada hanya pinjaman dari ALLAH. Begitu juga dengan nikmat-nikmat yang lain. Nikmat boleh melihat, nikmat boleh berkata-kata, nikmat kesihatan, nikmat rezeki... dan segala nikmat lain yang ALLAH limpahkan. "Katakanlah, Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur". (Surah Al-Mulk, ayat 23)

YA ALLAH, BANTULAH KAMI UNTUK 
SENTIASA MENGINGATI-MU, BERSYUKUR 
PADA-MU DAN MENYEMPURNAKAN 
IBADAH KEPADA-MU.. AMINNN

0 ulasan: